RSS
Tazkirah Jumaat

HADIS : MISKIN YANG SEBENAR, 15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN . MOTIVASI DARIPADA HADIS NABI SAW

(DARIPADA USTAZ MOHAMAD RAZI BIN HAJI ZULKIFLI, BENTONG, PAHANG DARUL MAKMUR)

MISKIN YANG SEBENAR



Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:


“Yang dikatakan orang miskin itu bukanlah orang yang pergi dari rumah ke rumah, lalu diusir apabila dia meminta sebiji dua kurma, atau satu dua suap makanan. Orang yang sebenarnya miskin adalah orang yang tidak berasa cukup dengan apa yang dia ada. Dia tidak mampu bersabar lalu menceritakan halnya kepada orang lain. Kemudian ada orang memberikan sedekah kepadanya, tetapi dia masih belum berasa cukup, dan terus meminta-minta dari sesama manusia.”


(Riwayat Bukhari dan Muslim)



Pengajaran



• Sentiasalah bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan kepada kita.

• Harta itu ujian dari Allah, maka bersabarlah sama ada kita mempunyai banyak atau sedikit harta.

• Bersedekahlah dengan harta yang kita ada. Sedikit atau banyak itu tidak penting. Contohnya, janganlah jika kita ada wang seringgit mahu tunggu wang jadi dua ringgit baru mahu bersedekah. Wang ada seratus mahu tunggu jadi seribu baru mahu bersedekah. Kononnya mahu jadi kaya baru mahu bersedekah. Salah konsep tersebut, kekayaan itu bukan semestinya diukur dengan harta.

• Yang miskin jangan terus mengeluh dan suka meminta-minta atau asyik meminta-minta, tetapi teruslah berusaha disamping bantuan yang ada.



(Hadis diambil dari majalah Iman bil. No: 14)




15 FAKTA TENTANG SENYUM DARI SUDUT KESIHATAN


1. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah kamu meremehkan kebaikan apa pun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah yang manis (wajah ceria dan senyuman).” – Hadis Riwayat Muslim.


2. Senyum merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman yang dapat merangsang seluruh tubuh melaui sistem saraf otak dan juga hormon-hormon. Apabila kita tersenyum, badan turut ‘tersenyum’ dan memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak. Ini sangat bermanfaat dalam mengelakkan tekanan darah yang tinggi ke otak.


3. Apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.


4. Senyuman bukan hanya sekadar reaksi terhadap sesuatu, malah ia juga terlibat dalam penghasilan endorphin yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu merasa lebih selesa dengan diri sendiri.


5. Ketawa (berperasaan gembira) sebanyak 100 kali dalam tempoh 24 jam mempunyai manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit. Hal ini demikian kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung meningkat. Seterusnya, kedua-dua kadar ini akan turun lebih rendah daripada paras sebelum ketawa.


6. “Tawa Rasulullah SAW hanyalah senyuman.” – Riwayat Tirmidzi.



7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis ‘stress’ iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.


8. Apabila kita senyum, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-interferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit).


9. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan.


10. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan bahan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, arthritis dan ulser.


11. Senyuman dan ketawa adalah senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ia ibarat urutan terhadap organ-organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan daya tumpuan belajar. Ia juga melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi, membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.


12. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan.


13. Senyum mampu menjadi penawar kepada penyakit rohani yang kronik. Ia juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah dan memulakan sebuah ukhuwwah.


14. Dalam ajaran Islam, senyum mempunyai kedudukan yang setaraf dengan bersedekah. Sabda Rasulullah SAW: “Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah.” (HR Tirmizi dan Abu Dzar).



Thought For The Day

“The first to apologize is the bravest,

the first to forgive is the strongest,

and the first to forget is the happiest.”



Bengkel Minggu Setiausaha "Kembara Rohani: Inspirasi Diri"




Brosur Kursus/Seminar/Bengkel Bagi Setiausaha 2013

Sempena dengan kedatangan Hari Setiausaha yang kebiasaannya diraikan pada setiap bulan April, pelbagai brosur-brosur berkaitan telah mula diedarkan oleh pihak penganjur kepada syarikat-syarikat swasta/korporat, bank, kementerian/jabatan kerajaan dan sebagainya.   Kami akan kongsikan beberapa tawaran brosur kursus/seminar/bengkel yang berkaitan dengan Hari Setiausaha untuk pilihan semua.   Kebanyakan kursus/seminar/bengkel menyediakan para penceramah yang terdiri daripada kalangan pakar motivasi yang terkenal dan berpengaruh.   Di samping itu juga terdapat program cabutan bertuah, makan malam, persembahan artis terkenal dan sebagainya.  Oleh yang demikian, janganlah lepaskan peluang ini dan segeralah buat pilihan untuk memohon salah satu daripada kursus tersebut.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini ye!!!

Seminar Aspirasi Setiausaha 2013






Kelab PSP/SP JANM

Mesyuarat Agung Kelab PSP/SP JANM kali pertama telah diadakan pada 18 Januari 2012 bertempat di Bilik Eksekutif, Aras 8.  Berikut adalah senarai ahli jawatankuasa yang telah dilantik bagi tahun 2013-2014 :-

Pengerusi : Puan NurAiziah bt Nurdin

Naib Pengerusi : Puan Rosni bt Mohd Nor

Setiausaha : Cik Azlin Syuhada bt Abd Hamid

Penolong Setiausaha : Puan Ainunhamimi bt Mohd Soberi

Bendahari : Puan Nurhafizah bt Saad

Penolong Bendahari : Cik Norhazlia bt Ismail

Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Agama & Kerohanian : Puan Saridah bt Mohd Dom

Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Kebajikan : Puan Aminahanam bt Mohd Amin

Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Sosial/Sukan : Cik Mardiana bt Mohd Yunus


Salam Ukhwah 2013

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Setelah sekian lama agak bertahun rasanya blog Secretaryag ini terbiar sampai dah bersawang dan berhabuk.  Dengan kekangan kerja dan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ianya membataskan untuk pihak moderator/administrator mengemaskini informasi-informasi terkini untuk semua ahli kelab PSP/SP.  Insya-allah mulai sekarang, kami cuba mengemaskini jika terdapat informasi yang berkaitan dengan tugas kita selepas ini dari semasa ke semasa. 

Untuk makluman , blog ini diwujudkan untuk menyalurkan informasi dan merapatkan ukhwah serta jaringan kerja di antara satu sama lain khasnya untuk Pembantu Setiausaha Pejabat/Setiausaha Pejabat (PSP/SP) di Jabatan Akauntan Negara Malaysia Ibu Pejabat, Negeri dan Cawangan.  Di samping itu juga, sekiranya ada kawan-kawan PA daripada luar jabatan yang berminat untuk turut komen atau 'follow' adalah sangat dialu-alukan untuk memeriahkan blog Secretaryag ini.

Semua ahli Kelab PSP/SP adalah sangat dialu-alukan untuk singgah dan memberi komen di blog ini.  Sekiranya terdapat informasi terkini yang ingin dikongsi, boleh kemukakan kepada moderator/administrator yang berkenaan. 
 
Selamat berblogging!!