Jadual Gaji Tahun 2010


Salam Maal Hijrah

Salam Maal Hijrah 1431 untuk semua rakan sekalian. Semoga kehadiran tahun baru ini membuka ruang penghijrahan yang lebih bermakna dan memberi sejuta kenikmatan dalam kehidupan kita.



Satu Muharram detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari kota Mekah ke kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan


Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman..

Sambutan Hari Keluarga PA JANM 2009

Sukacita dimaklumkan bahawa acara sambutan Hari Keluarga untuk semua PA JANM dirancang akan diadakan pada dalam bulan November atau Disember 2009 atau Januari 2010 (tarikh akan ditentukan kemudian). Sehubungan dengan itu, sila majukan nama semua ahli keluarga yang akan turut serta pada hari tersebut. Sila nyatakan sama ada setuju atau tidak untuk ikut serta dan mengisi borang yang disertakan. Borang hendaklah dikembalikan kepada Puan Rosni bt Mohd Nor dalam kadar yang segera.

Ahah... jangan tunggu lama-lama lagi, ayuh cecepat le semua akak-akak...adik-adik... hantar borang kehadiran... bersama-sama le kita menjayakan sambutan Hari Keluarga yang julung-julung bakal diadakan pada tahun ini. Bila lagi kita nak bergather-gather dan mengeratkan tali silaturahim sesama kita dan ahli keluarga yang lain.... Siapa lagi kalo tak mahu menyokong aktiviti sesama kita kalo bukan PA-PA yang sedia ada nih kan...Join jangan tak join....


Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri PA




























































































Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin




















Mata kadang salah melihat,
Mulut kadang salah berucap,
Hati kadang salah menduga,
Maafkan segala kesilapan yang pasti ada

Sungguh cantik kain pelekat,
dipakai orang pergi ke pekan,
hari raya semakin dekat,
silap dan salah mohon dimaafkan

Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang di blog ini.

Sebelum cahaya surga padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup,
Mohon maaf zahir dan batin....


Selamat Hari Raya Aidilfitri... Mohon maaf zahir dan batin






































































































































































































































































































































































































































































































































Link kan blog anda

Kepada sesiapa rakan setiausaha yang mempunyai blog sendiri bolehlah emelkan kepada secretaryag@gmail.com alamat blog anda. Insya allah, blog anda akan di link kan dlm blog Setiausaha JANM dalam usaha merapatkan lagi hubungan sesama kita.. bolehlah selepas ini kita kenal dan beramah mesra dengan lebih jitu lagi.. ;)

Minit Mesyuarat PT (Kesetiausahaan) Sektor Awam Peringkat Kebangsaan Bil.1/09

Setelah sekian lama dirancang, akhirnya satu mesyuarat membabitkan semua PT (Kes) Peringkat Kebangsaan diadakan julung-julung kali seperti butiran berikut. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Omar Othman iaitu Presiden CUEPACS. Minit yang dipaparkan dalam blog ini adalah secara ringkas sahaja. Sekiranya puan/cik berminat untuk mendapatkan minit mesyuarat yang lengkap, bolehlah menghubungi Puan Rosni di talian 03-88821012 atau emel rosni@anm.gov.my
Tarikh : 8 Ogos 2009
Tempat : MOF
Masa : 3 petang
1. Ucapan aluan Pengerusi
  • Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
  • Pengerusi mengucapkan selamat datang dan juga penghargaan kepada Presiden CUEPACS kerana sudi hadir pada mesyuarat tersebut.

2. Perkara berbangkit

  • Ketidakadilan boss memilih PT(Kes) N17 ganti PA Kanan
  • Sexual harrasment yang sering berlaku di pejabat memberi tekanan kepada PA
  • Diarah membuat kerja peribadi seperti beli makanan untuk anak-anak boss, mengemas rumah dan sebagainya
  • Ada boss yang mempertikai elaun PA atas sebab PA tersebut tidak membuat kerja lebih masa. Alasan majikan, elaun PA hanya layak diberi kepada pekerja yang membuat kerja lebih masa sahaja iaitu selepas jam 5 petang. Jika diarah membuat kerja lebih masa, semua terletak pada budi bicara boss itu sendiri.
  • Isu kenaikan gred N17 bagi pemegang Diploma ke Gred N27 dan juga Gred N22 bagi pemegang SPM kepada Gred N27.

3. Laporan Hasil Mesyuarat

  • Presiden CUEPACS menasihatkan segala aduan haruslan diutarakan terus kepada KSN untuk tindakan selanjutnya jika menemui jalan buntu
  • Atas nasihat dan sokongan Presiden CUEPACS, mesyuarat bersetuju menubuhkan Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan Sektor Awam Peringkat Kebangsaan dengan kadar segera bagi menangani semua masalah dan isu berbangkit, halatuju dan penambahbaikan perkhidmatan PT (Kes) di masa akan datang
  • Pengerusi mesyuarat meminta kerjasama semua yang hadir menyediakan keperluan asas maklumat sebelum pendaftaran dibuat.
  • Borang keahlian akan diedarkan kepada semua PT (Kes) sektor awam di seluruh Malaysia.
  • Keahlian adalah WAJIB kepada semua PT (Kes)
  • Ahli mesyuarat menetapkan mesyuarat berikutnya diadakan di Kementerian Kewangan pada hari Sabtu, jam 9 pagi pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

4. Hal-hal lain

  • Mesyuarat kali ini bersetuju menubuhkan persatuan di peringkat kebangsaan dan juga telah melantik semua yang hadir dalam perjumpaan sebagai AJK sebelum mesyuarat agung yang akan datang

5. Penutup

  • Mesyuarat ditangguh pada jam 5.30 petang dengan ucapan terima kasih dari pengerusi

** Untuk melihat senarai ahli jawatankuasa yang dilantik, puan/cik boleh dapatkan daripada Puan Rosni, PA kepada TAN (O) di no telefon dan emel seperti di atas.

Sekian, terima kasih.

Majlis Berbuka Puasa di JANM


Sempena kedatangan Ramadhan AlMubarak, bulan mulia penuh berkat ini.. JANM telah mengambil inisiatif menganjurkan satu majlis berbuka puasa pada 4 September 2009 (Jumaat) bertempat di JANM Putrajaya . Pelbagai aktiviti telah diaturkan seawal jam 6.30 petang, antaranya ialah tazkirah Ramadhan, majlis berbuka puasa yang bertempat di Dewan Jamuan Aras 8, solat Maghrib berjemaah dan seterusnya solat terawih di Surau JANM Aras 6.

Marilah sama2 kita hadir bagi mencari keberkatan dan keredhaan Allah, Insya Allah.

Permulaan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sesuai dengan kecanggihan teknologi yang semakin bergerak pantas, kita sebagai setiausaha perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan IT yang dapat membantu melicinkan segala kerja dan urusan yang berkaitan dengan karier kita sebagai setiausaha.

Sehubungan dengan itu, blog ini diwujudkan khusus untuk semua setiausaha JANM menyalurkan pelbagai maklumat dan juga info-info berguna untuk dikongsi bersama agar kita semua dapat memanfaatkannya secara maksimun dan juga menimbulkan semangat kekitaan dan juga silaturrahim sesama kita. Sesuai dengan tugas kita yang kadangkala sangat membataskan waktu untuk bertemu dan bermesra sesama kita. Komuniti kita perlulah diaktifkan secara maksimum dan blog adalah salah satu cara yang sesuai kerana kita tidak perlu bertemu secara fizikal untuk memperkatakan sesuatu mahupun berbincang mengenai apa jua isu dan juga perkara yang difikirkan boleh mendatangkan manfaat bersama.

Sebarang info, maklumat dan juga pemberitahuan yang ingin diwar-warkan kepada warga setiausaha JANM bolehlah diemelkan kepada alamat emel : secretaryAG@gmail.com atau melalui telefon : Zaherah 03-88821002, Rosni 03-88821012, Aiziah 03-88821009 dan juga Nora 03-88821216.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa blog ini berbentuk santai, tidak dipengaruhi unsur-unsur formal kerana kadangkala formaliti membataskan ruang untuk berbicara secara terbuka.
Sekian,
~ Setiausaha JANM ~