Permulaan

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Sesuai dengan kecanggihan teknologi yang semakin bergerak pantas, kita sebagai setiausaha perlulah melengkapkan diri dengan pengetahuan IT yang dapat membantu melicinkan segala kerja dan urusan yang berkaitan dengan karier kita sebagai setiausaha.

Sehubungan dengan itu, blog ini diwujudkan khusus untuk semua setiausaha JANM menyalurkan pelbagai maklumat dan juga info-info berguna untuk dikongsi bersama agar kita semua dapat memanfaatkannya secara maksimun dan juga menimbulkan semangat kekitaan dan juga silaturrahim sesama kita. Sesuai dengan tugas kita yang kadangkala sangat membataskan waktu untuk bertemu dan bermesra sesama kita. Komuniti kita perlulah diaktifkan secara maksimum dan blog adalah salah satu cara yang sesuai kerana kita tidak perlu bertemu secara fizikal untuk memperkatakan sesuatu mahupun berbincang mengenai apa jua isu dan juga perkara yang difikirkan boleh mendatangkan manfaat bersama.

Sebarang info, maklumat dan juga pemberitahuan yang ingin diwar-warkan kepada warga setiausaha JANM bolehlah diemelkan kepada alamat emel : secretaryAG@gmail.com atau melalui telefon : Zaherah 03-88821002, Rosni 03-88821012, Aiziah 03-88821009 dan juga Nora 03-88821216.
Sukacita juga dimaklumkan bahawa blog ini berbentuk santai, tidak dipengaruhi unsur-unsur formal kerana kadangkala formaliti membataskan ruang untuk berbicara secara terbuka.
Sekian,
~ Setiausaha JANM ~

2 comments:

Fuuhhhh la la ..... said...

salam semua...

wah nampaknya semakin proaktif le pasnih PA-PA kat AG.... semakin rancak berkongsi ilmu dan info di alam maya... bagus idea nih... briallianttttt idea...... syabas...syabassss

Naja said...

betul tu.. untuk kebaikan bersama!

Fuuhhhh la la ..... said...

salam semua...

wah nampaknya semakin proaktif le pasnih PA-PA kat AG.... semakin rancak berkongsi ilmu dan info di alam maya... bagus idea nih... briallianttttt idea...... syabas...syabassss

Naja said...

betul tu.. untuk kebaikan bersama!