Minit Mesyuarat PT (Kesetiausahaan) Sektor Awam Peringkat Kebangsaan Bil.1/09

Setelah sekian lama dirancang, akhirnya satu mesyuarat membabitkan semua PT (Kes) Peringkat Kebangsaan diadakan julung-julung kali seperti butiran berikut. Mesyuarat tersebut turut dihadiri oleh Tuan Haji Omar Othman iaitu Presiden CUEPACS. Minit yang dipaparkan dalam blog ini adalah secara ringkas sahaja. Sekiranya puan/cik berminat untuk mendapatkan minit mesyuarat yang lengkap, bolehlah menghubungi Puan Rosni di talian 03-88821012 atau emel rosni@anm.gov.my
Tarikh : 8 Ogos 2009
Tempat : MOF
Masa : 3 petang
1. Ucapan aluan Pengerusi
  • Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir.
  • Pengerusi mengucapkan selamat datang dan juga penghargaan kepada Presiden CUEPACS kerana sudi hadir pada mesyuarat tersebut.

2. Perkara berbangkit

  • Ketidakadilan boss memilih PT(Kes) N17 ganti PA Kanan
  • Sexual harrasment yang sering berlaku di pejabat memberi tekanan kepada PA
  • Diarah membuat kerja peribadi seperti beli makanan untuk anak-anak boss, mengemas rumah dan sebagainya
  • Ada boss yang mempertikai elaun PA atas sebab PA tersebut tidak membuat kerja lebih masa. Alasan majikan, elaun PA hanya layak diberi kepada pekerja yang membuat kerja lebih masa sahaja iaitu selepas jam 5 petang. Jika diarah membuat kerja lebih masa, semua terletak pada budi bicara boss itu sendiri.
  • Isu kenaikan gred N17 bagi pemegang Diploma ke Gred N27 dan juga Gred N22 bagi pemegang SPM kepada Gred N27.

3. Laporan Hasil Mesyuarat

  • Presiden CUEPACS menasihatkan segala aduan haruslan diutarakan terus kepada KSN untuk tindakan selanjutnya jika menemui jalan buntu
  • Atas nasihat dan sokongan Presiden CUEPACS, mesyuarat bersetuju menubuhkan Persatuan Pembantu Tadbir Kesetiausahaan Sektor Awam Peringkat Kebangsaan dengan kadar segera bagi menangani semua masalah dan isu berbangkit, halatuju dan penambahbaikan perkhidmatan PT (Kes) di masa akan datang
  • Pengerusi mesyuarat meminta kerjasama semua yang hadir menyediakan keperluan asas maklumat sebelum pendaftaran dibuat.
  • Borang keahlian akan diedarkan kepada semua PT (Kes) sektor awam di seluruh Malaysia.
  • Keahlian adalah WAJIB kepada semua PT (Kes)
  • Ahli mesyuarat menetapkan mesyuarat berikutnya diadakan di Kementerian Kewangan pada hari Sabtu, jam 9 pagi pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

4. Hal-hal lain

  • Mesyuarat kali ini bersetuju menubuhkan persatuan di peringkat kebangsaan dan juga telah melantik semua yang hadir dalam perjumpaan sebagai AJK sebelum mesyuarat agung yang akan datang

5. Penutup

  • Mesyuarat ditangguh pada jam 5.30 petang dengan ucapan terima kasih dari pengerusi

** Untuk melihat senarai ahli jawatankuasa yang dilantik, puan/cik boleh dapatkan daripada Puan Rosni, PA kepada TAN (O) di no telefon dan emel seperti di atas.

Sekian, terima kasih.

7 comments:

Fuuhhhh la la ..... said...

semoga dengan adanya persatuan dapatle suara PA-PA yang memerlukan keadilan tu disalurkan ke jalan dan arah yang betui...

Anonymous said...

lega betul dgr. hopefully menjadi la. dah lama dengar nak ditubuhkan persatuan PA ni tapi last2 senyap je. yg ada Diploma pun Gred 17 gak :(

Anonymous said...

saya ada dpt emel dr kwn yg kerja di MOF ttg mtg tersebut, sori xdpt hadir. apa2 pun sy menyokong penubuhan persatuan PA ni..harap suara2 kita dpt didengar dan kebajikan kita sume terbela..tidak semua PA nasib nyer sama..

Fuuhhhh la la ..... said...

chopppp..... anonymous nih sapa gerangannye ek??? ehehe...

Puteri Nuur At-Terawis said...

macam mana nak join next meeting?

leen said...

Hi... nak tanya camne nak masuk persatuan nie. borang leh dapat kt mana ek? saya pun sebenarnya jadi mangsa keadaan .. sekarang nie x pasal2 jadi PA pool.. i need some advise.. please.. sesiapa yg boleh saya dapatkan khidmat nasihat?

Unknown said...

Nak daftar nih...